Sunday, February 12, 2012

best ke kawin nh??

 
 ramai sgt zaman sekarang nh anak remaja yg kawin awal.....
yg sma umo dgn aku pn ada.....
best ke kawin??
bila tya org yg dh kawin,
ada yg ckp "best kawin nh"
tak kurang jgk yg jwb "xbest sgt pn kawin nh....."

actually aku nh pn xberapa tahu sgt....tp brdasarkn pembacaan dn pemerhatian....
bila dh kawin...semua bnda d control....terutamanya isteri....
sbg seorang isteri,kita dh xboleh pkir sal dri kita ja...
kita prlu sedar yg kita dh bertambah kerja (jga suami,jga umah tgga,jga mkn minum...)
so,klo rasa diri tu pun tak ckup ilmu rumahtgga lg....jgn nk gatal berangan nk kawin...
Itu satu bab, lain-lain bab pun semuanya nak kena bertolak-ansur. Nak kena jaga hati pasanganlah, tak boleh marah-marahlah…, karang ada yang merajuk kita jugak yang susah-susah nak kena pujuk. Tak ke menyusahkan tu…?
Masuk perihal makan minum pula, menu dah mula bertukar. Kalau dapat pasangan yang jenis jaga makan, bermakna kita tak boleh makan sebarangan. Katanya, “kita makan bukan sekadar nak kenyang, tapi kita makan untuk sihat tubuh badan” Jadi, tak bolehlah asyik nak ikut nafsu makan saja. Bukan langsung tak boleh makan apa yang kita suka, tapi kena ada masa tertentu dan ketikanya sahaja. Makan pun ada disiplin?
Bukan setakat menu makan saja yang berubah, tempat makan pun ada undang-undang! Kena makan kat ruang makan, jangan sesekali nak buat sepah kat depan tv! Kesiankan kalau kita ni jenis hantu tv. Si dia benarkan aja makan depan tv tu, tapi syaratnya: kemas sendiri! Buat apa kahwin kalau kena buat kerja sendirikan? Kata suami isteri nak kena tolong-menolong! Boleh?
Itu kalau makan kat rumah, kalau makan kat luar pun banyak syarat. Tak nak makanlah kat kedai tu… kotorlah, orang ramai sangatlah, makanan tak sedaplah…macam-macam alasan si dia bagi. Kan senang kalau bujang. Rasa nak makan je, singgah je mana-mana kedai. Janji ada duit, insyaAllah kenyang la perut ni.
Akaun pun asyik kurang je sekarang ni. Mana tak kurangnya kalau dah hidup berdua, dulu maggie satu bungkus je, sekarang dah jadi dua bungkus. Lepas kahwin pun makan maggie? Ni la makanan ruji kami diakhir bulan…pengantin barulah katakan....xsempat nk kaya lg....
Kalau dapat pasangan yang lebih baik daripada diri sendiri, tentunya soal agama sangat la dititik beratkan. Dah tentu-tentunya waktu solat pun sangatlah terjaga. Usahkan nak ponteng, solat lambat-lambat sikit pun dah nak kena tegur lagi. Susahnya nak berubah!
 
 
 

tpi ada ja yg best....
yg bestnya,idop kita skrg dh selain berubah kpda yg lebih baik...
kita akan menjadi seorang yg lebih berdisiplin....
Samada kita berkahwin dengan pilihan sendiri mahupun diatur oleh orang tua, sebenarnya perkahwinan itu merupakan satu sesi ta’aruf yang panjang antara dua individu yang berlainan latar belakang. Kalau sebelum kahwin kita sudah mengenali si dia terlebih dahulu, itu hanyalah 20% dari sisi hidupnya yang kita kenali. Apatah lagi jika kita merupakan pengantin yang ‘menurut perintah’, tentunya tidak sampai 5% kita bermaklumat mengenai si dia......
 
setakat tu sja utk kongsian pada hari ni....
adios....

0 comments:

Post a Comment

semua entry di atas ni HAK MILIK kekal suhakakimerepek