Sunday, February 12, 2012

alamak!! exam dh dekat....!!! camna nh????????????

 
 1. Gunakan sepenuh masa terluang untuk belajar. Elak dari mensia-siakan masa kerana masa itu lebih berharga daripada emas.
2. Belajar dengan nota ringkas. Nota ringkas membantu mudah menghafal kerana isi kandungannya lebih pendek dan padat.
3. Buat latihan soalan-soalan tahun sebelumnya. Beli atau pinjam dari rakan-rakan. Ulanginya setiap masa. Rujuk jawapan setelah siap menjawab soalan.
4. Tanya jika tidak faham. Ini antara tips terpenting. Kita sedia maklum tidak semua yang diajar di dalam kelas akan difahami sepenuhnya. Jangan malu bertanya kerana malu bertanya itu sesat jalan.
5. Perbicangan kumpulan yang tidak lebih daripada 3 orang. Jika lebih, perbincangan akan menjadi tidak fokus dan sering berbincang soal yang lain.
6. Tumpuan sepenuhnya semasa di dalam kelas. Mengikut kajian, tumpuan dan pemahaman di dalam kelas lebih penting daripada bacaan sendiri atau ulangkaji.
7. Minda dan badan yang sentiasa sihat. Badan yang sihat memberikan tenaga kepada minda untuk belajar dengan lebih baik.
8. Kunjungi perpustakaan untuk mencari bahan-bahan belajar. Banyak contoh-contoh dan panduan berguna yang boleh didapati daripada buku-buku perpustakaan.
9. Buat jadual belajar sendiri. Setelah buat jadual yang dirasakan sesuai, disiplinkan diri untuk mengikutinya setiap masa.
10. Wujudkan suasana yang selesa untuk belajar. Persekitaran yang hijau tanpa gangguan mudah membantu belajar dengan berkesan. Elakkan suasana tertekan, panas dan bising.

0 comments:

Post a Comment

semua entry di atas ni HAK MILIK kekal suhakakimerepek